Program Hafazan Dewasa Masjid-Masjid Negeri Melaka

PHDMMNM merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KAQSA kepada masyarakat Islam di negeri Melaka. Program in telah bermula pada bulan Ogos 2015 sehingga Julai 2016 bagi Siri Pertama. Berikutan sambutan baik yang diterima, PHDMMNM telah diteruskan lagi sebagai program tahunan pada Siri 4 Tahun 2019 dengan 4 variasi modul pilihan.

Program diadakan di 30 masjid dan 6 surau yang terpilih di sekitar negeri Melaka dengan matlamat 1 DUN 1 Masjid. Pelaksanaannya pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

PHDMMNM Siri 4 Tahun 2019 diteruskan lagi pada awal Januari 2019. Fokus program adalah untuk memberi peluang kepada golongan dewasa dan pelajar IPTA/IPTS menghafaz al-Quran dan membimbing masyarakat dengan kaedah dan teknik hafazan yang berkesan. Sebanyak 30 Masjid dan 6 surau yang terpilih akan terlibat sepanjang program ini berlangsung.