Ucapan Pengetua KAQSA

UCAPAN

Ustaz Abdullah Shahir Arifin Bin Ahmad Fadzil 

Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali

 

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke laman sesawang Kolej al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA).

Selaku Pengetua KAQSA, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membangunkan Laman Web KAQSA ini dengan jayanya. Tanpa komitmen yang tinggi sudah tentu laman web ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Usaha ini merupakan cerminan kepada kesungguhan dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam visi dan misi KAQSA.

KAQSA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai cita – cita besar berwa’ad menghasilkan sumber manusia yang berkualiti, dan memahat nama di persada dunia sebagai ‘kilang pengeluar’ huffaz yang akan menakluki dunia dengan ilmu.

Matlamat yang telah digariskan memerlukan ‘darah, peluh dan air mata’ sebagai maharnya, ia mensyaratkan iltizam yang tinggi oleh semua warga KAQSA disamping sokongan padu tanpa berbelah bahagi daripada semua pemegang taruh. Diharapkan semua perancangan berjalan dengan baik mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

Akhir kalam, marilah kita semua berganding bahu bersama menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan penuh keikhlasan, semoga Allah S.W.T. memberikan kepada kita kekuatan dan menganjari amalan soleh kita dengan sebaik – baik kurniaan pada hari akhirat kelak.

Pengetua